Wednesday, March 16, 2011

Bersyukurlah...

Assalamualaikum..

Pernah dengar lagu ni tak..

"mari kawan-kawan,kita baca quran..jangan malu segan,lalalalalala"

Pernah dengar tak??hah!sajer jer nak cakap..saya suka lagu tuh time kecik2 dulu..dah lama tak dengar lagu tuh..ish3...hehe

Seperti yang kalian semua dah baca tajuk di atas..apa tajuk dia??BERSYUKUR!!
apa kawan-kawan??

"bersyukur" kawanku berkata..

Pandai!!

yeah..post kali ini, saya Mohamad Nor Zikry nak berbicara sikit tentang bersyukur...saya ni takdelah pandai sangat dalam bab-bab agama ini..tapi..kita sebagai muslim mestilah tahu serba sikit kan..so..saya nak kongsikan apa yang saya tahu je lah..sumber-sumber yang saya tulis ini saya akan bertanyakan pada orang-orang yang lebih berilmu dari saya lah..saya tak akan tulis memandai jer..kang salah berdosa pulak kang saya nie..hehe..dan sumber-sumber ini diambil dari En.GOOGLE dan buku-buku berkaitan..hehe

Seperti yang satu dunia tahu sekarang..JEPUN dilanda Tsunami,earthquakes dan letupan loji nuclear mereka..Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga..jepun terus diserang badai masalah..kini jepun dikatakan dilanda masalah ekonomi pulak..kesian mereka..tapi hidup mesti diteruskan juga..bak kata orang kampung saya kat perok tuh.."live must go on".. 

Erti kesyukuran yang saya nak tekankan disini ialah..kita perlulah bersyukur dengan keamanan di negara kita ni..kita amat bertuah kerana Malaysia berda di luar lingkaran api pasifik..bermaksud,kita terselamat dari bencana gunung berapi..kita juga terlindung dari tiupan angin-angin monsun oleh negara di sekita kita seperti Sumatera,Thailand dan sebagainya...kita perlu bersukur yang amat sangat ke hadrat Ilahi..kalau nak tunjuk tanda bersyukur kita hendaklah menyebut ALHAMDULILLAH..

Seterusnya,kita sering kali leka dalam percakapan kita..kita seringkali meminta pertolongan dari kawan-kawan mahupon orang luar kan..tapi kita sering complain ataupon naik angin jika hasil yang dilakukan kurang baik..kita tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka..kerana mereka telah melakukan yang terbaik..cuba kalau kta yang kena..apa yang kita rasa..mesti kita akan cakap macam ni kan..

"Apalah,orang dah tolong tuh kira baik lah..ni tak,terima kasih pon takde.."

sama seperti orang lain juga..kita perlu menjaga hati mereka..jika ada kesilapan,tegur mereka dengan berhemah..Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata "Orang yang tidak berterima kasih kepada insan, mereka
tidak berterima kasih kepada tuhannya..jadi..apa salahnya kita ucap "Terima Kasih" walaupown sekali..InsyaALLAH,orang itu akan berasa senang untuk membantu kita lagi di masa yang lain..


Selain itu,masalah pembaziran yang semakin kerap berlaku dalam kalangan kita ini...kadang-kadang saya pon lakukan jugak..kita tak perasan perkara ini sebab kita senang memilikinya..cuba bayangkan kepada orang lain yang berda di negara2 miskin dekat luar sana..mereka punyalah susah payah untuk mencari setitik air sekalipown..kita tak..air melimpah ruah..contoh satu situasilahkan..kita memesan air di kedai mamak..kita minum air tuh...then kita cakap.."Ya ALLAH,manisnya air.."..lepastu kita tak habiskan air tuh..dibiarkan saja macam tuh..Kita jugak tak perasan yang kita menyebut nama ALLAH terlebih dahulu sebelum mengutuk rezeki ALLAH itu..ish3..

hah..thats all la derr..ade apa2 yang lain nanti aku update lagi..haha

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Permudahkanlah,jangan menyusahkan,
tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang    menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran dari Ayat di atas ialah : Bersefahamanlah dalam segala hal kerana jika tiada persefahaman maka akan wujud perselisihan dan hilang kepercayaan..



1 comment: